arena

Zidane sambar Militao pada nilai RM233j

Oleh DM

BARU tiga hari jadi bos Real Madrid, Zinedine Zidane sudah membeli pemain pertamanya.

Pemain itu adalah pertahanan Porto Eder Militao ketika gergasi Sepanyol itu mahu membentuk skuad Galacticos kedua.

Bekas legenda Perancis itu kembali menyertai Madrid sebagai pengurus skuad itu minggu ini berikutan pemecatan Santiago Solari.

Kelab itu mahu membentuk skuad mantap secepat mungkin untuk merapatkan jurang dengan Barcelona dan Atletico.

Real mengumumkan Militao, 21 menyertai kelab itu dari Porto dengan nilai £43 juta (RM233j) pada perpindahan musim panas.

Militao menandatangani kontrak selama enam tahun di Bernabeu.

Madrid turut mengesahkan dia komited untuk beraksi bersama kelab itu sehingga 2025.

Real meraih tiga gelaran berturut-turut Liga Juara-Juara (UCL) di bawah pengurusan Zidane.

Dia menyertai semula jaguh Sepanyol itu ketika tercicir 12 mata dalam saingan La Liga dan sudah pun tersingkir daripada UCL musim ini selepas tewas kepada Ajax dalam saingan 16 pasukan terakhir.

Disiarkan pada: March 14, 2019 @ 9:44pm
d