arena

Arsenal bangkit ketepikan Rennes

Oleh Reuters

PENYERANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang menyumbat dua gol ketika pasukannya menewaskan Rennes, 3-0 untuk mara ke peringkat suku akhir Liga Europa.

Arsenal yang tewas pada perlawanan pertama 3-1 menentang Rennes dalam aksi di Perancis hanya memerlukan 15 minit untuk merapatkan kedudukan jaringan pada aksi timbal balik pagi ini.

Penyerang Gabon itu, menolak mudah hantaran Aaron Ramsey untuk menjaringkan gol ketika lima minit permainan bermula dan mencipta gerakan buat Ainsley Maitland-Niles menanduk masuk menjaringkan gol kedua Arsenal 10 minit kemudian.

Walaupun Rennes hampir menjaringkan gol pada babak kedua, namun semuanya bagaikan tidak menjadi buat pasukan itu dan Aubameyang melengkapkan kemenangan Arsenal menerusi gol minit ke-72.

Arsenal mencatat rekod tersendiri apabila menang menerusi agregat di Liga Europa selepas tewas 3-1 dalam perlawanan pertama.

Disiarkan pada: March 15, 2019 @ 9:25am
d