arena

Schalke pecat Tedesco

Oleh AFP

SCHALKE memecat jurulatihnya Domenico Tedesco, semalam selepas kekalahan memalukan ke atas Manchester City, 7-0.

Tedesco menanggung akibat rentetan prestasi buruk kelab berkenaan dengan naib juara Bundesliga musim lalu itu, kini bergelut di kedudukan ke-14 hanya empat mata daripada zon penyingkiran dalam liga Jerman.

Pemecatannya diumumkan Pengarah Sukan Schalke Johan Schneider, yang baru dilantik minggu lalu.

“Kami tidak harus melupakan pencapaian pasukan semakin teruk. Apabila saya mengambil alih tugas ini saya minta untuk mengubah situasi ini, sesuatu yang sangat diperlukan ketika situasi serius yang berlaku dalam saingan Bundesliga,” katanya.

Tedesco berusia 33 tahun melaksanakan tugas terakhirnya dalam saingan Liga Juara-Juara, yang juga kekalahan terbesar di saingan Eropah dalam sejarah kelab itu.

Kekalahan besar itu turut menyaksikan Schalke bolos 21 gol dalam lima perlawanan terakhir mereka.

Bekas pengurus Huub Stevens dilantik sebagai jurulatih sementara kelab itu bagi berhadapan perlawanan Bundesliga bertemu RB Leipzig, Sabtu ini.

Pengendali dari Belanda itu pernah membimbing Schalke dari 1996 dan 2002 serta sekali lagi di antara 2011 dan 2012.

Disiarkan pada: March 15, 2019 @ 1:12pm
d