arena

City jumpa Spurs suku akhir Liga Juara-Juara

Oleh AFP

DUA kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan Tottenham Hotspur akan bertemu sesama sendiri pada suku akhir Liga Juara-Juara selepas tamat undian di Nyon, Switzerland, hari ini.

Manchester United, yang merakam kebangkitan dramatik menakjubkan ke atas Paris Saint-Germain untuk layak ke suku akhir, akan berdepan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona pada satu lagi pertembungan menarik.

Ajax Amsterdam akan menentang kelab Cristiano Ronaldo, Juventus selepas menyingkirkan Real Madrid pada pusingan 16 terakhir manakala naib juara musim lalu Liverpool berdepan FC Porto dari Portugal.

Suku akhir

Ajax Amsterdam (NED) mln Juventus (ITA)

Liverpool (ENG) mln FC Porto (POR)

Tottenham Hotspur (ENG) mln Manchester City (ENG)

Manchester United (ENG) mln Barcelona (ESP)

Aksi pertama 9-10 April, aksi kedua 16-17 April

Separuh akhir

Tottenham/Man City mln Ajax/Juventus

Man Utd/Barcelona mln Liverpool/Porto

Aksi pertama 30 April-1 Mei, aksi kedua 7-8 Mei

Final

1 Jun di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid

Disiarkan pada: March 15, 2019 @ 7:39pm
d