arena

Arsenal temu Napoli suku akhir Liga Europa

Oleh AFP

ARSENAL akan berdepan Napoli pada pertembungan dua pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Europa musim ini selepas majlis undian di Nyon, Switzerland hari ini.

Musuh setempat Gunners di London, Chelsea akan menentang Slavia Prague manakala dua pasukan berjiran kelab La Liga Sepanyol, Valencia dan Villarreal akan bertembung sesama sendiri.

Satu lagi aksi suku akhir menyaksikan Benfica dari Portugal menentang kelab Jerman, Eintracht Frankfurt.

Dua pasukan Liga Perdana Inggeris itu bagaimanapun boleh bertemu sesama sendiri pada final di Baku Mei depan selepas tidak bertemu di separuh akhir sekiranya mereka layak.

Disiarkan pada: March 15, 2019 @ 8:36pm
d