arena

'Semoga mereka ditempatkan di syurga...' [VIDEO]

Oleh AFP

“SAYA mendoakan mereka berada dalam kalangan ahli syurga.”

Begitulah kata-kata bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams dalam doanya terhadap mangsa terbabit dalam tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Bekas bintang ragbi New Zealand itu turut mengalirkan air mata ketika mengirimkan video penuh emosi berhubung kejadian terbabit.

Dengan memakai kopiah, Sonny yang beragama Islam, mengesat air matanya beberapa kali dalam rakaman dibuat ketika duduk di dalam keretanya.

Polis melaporkan seramai 49 terbunuh dan 20 cedera dalam dua serangan di dua masjid ketika solat Jumaat di bandar itu di mana Sonny pernah beraksi bersama Crusaders pada awal kariernya.

"Baru mendengar berita itu. Saya tidak mampu untuk meletakkannya dalam perkataan bagaimana perasaan saya merasa sekarang," kata pemain tengah itu yang juga pemenang Piala Dunia bersama All Blacks menerusi video dikirim di Twitter.

"InsyaAllah (Dengan izin Allah) setiap orang terbunuh hari ini... anda semua berada di kayangan," katanya.

"Sangat sedih, benar-benar sedih ia berlaku di New Zealand."

Disiarkan pada: March 15, 2019 @ 8:38pm
d