arena

Machin pula dipecat

Oleh AFP

SEVILLA memecat jurulatih Pablo Machin semalam dan melantik Pengarah Bolasepak Kelab berkenaan Joaquin Caparros sebagai pengganti sehingga hujung musim ini.

Machin mula dilantik sejak Mei tahun lalu selepas membawa Girona menduduki tempat ke-10 sejurus kempen pertama kelab itu di La Liga berakhir.

Walaupun permulaan baik di Sevilla, yang menyaksikan kelab itu berada di kedudukan teratas liga sekitar November, sebelum skuad itu mempamerkan prestasi tidak menentu dengan peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan agak sukar.

Sevilla menduduki tangga ke enam, lima mata berbeza dengan pasukan di tangga ke empat dan tersingkir dari saingan Liga Europa kepada Slavia Prague semalam adalah tugas terakhir Machin.

Pasukan berkenaan menang enam daripada 18 perlawanan sepanjang kempen musim ini.

"Sevilla FC sudah membuat keputusan ini dan menamatkan khidmat Pablo Machin sebagai jurulatih pasukan utama selepas prestasi buruk sejak kebelakangan ini,” dalam kenyataan kelab itu.

“Pengarah bola sepak kelab Joaquin Caparros akan serta merta mengambil alih tugas berkenaan.”

Caparros memimpin pasukan itu selama sebulan musim lalu selepas Vincenzo Montella dipecat. Dia membawa pasukannya menang tiga kali dalam empat perlawanan termasuk kemenangan ke atas Real Madrid, 3-2 di gelanggang sendiri.

Dia akan membimbing Sevilla bagi perlawanan La Liga berdepan Espanyol di gelanggang lawan Ahad ini.

Disiarkan pada: March 16, 2019 @ 7:53am
d