arena

Kapten Scotland tak pergi Kazakhstan

Oleh AFP

PERTAHANAN kiri Liverpool, Andy Robertson muncul pemain terbaru diketepikan daripada skuad Scotland bagi aksi kelayakan Euro 2020 menentang Kazakhstan di gelanggang lawan, Khamis ini.

Kapten Scotland itu mengalami masalah sakit gigi dan memerlukan pembedahan namun mungkin beraksi menentang San Marino, Ahad ini.

Persatuan Bolasepak Scotland (SFA) terdahulu mengesahkan kapten Blackburn, Charlie Mulgrew, penjaga gol Millwall, Jordan Archer dan pemain tengah Sheffield Wednesday, Barry Bannan terpaksa menarik diri.

Pemain Bournemouth, Ryan Fraser dan pemain Cardiff, Callum Paterson berada dalam skuad, namun bos Alex McLeish turut mengesahkan kedua-duanya tidak akan berkunjung ke Kazakhstan bagi aksi pertama kerana gelanggang rumput tiruan di Arena Astana.

“Ini perjanjian yang dipersetujui dengan kelab dan negara – mereka tidak akan bermain di gelanggang astroturf,” kata McLeish.

Pertahanan tengah Aberdeen, Scott McKenna turut diragui keadaannya selepas pemain berusia 22 tahun itu beraksi dengan balutan di pahanya ketika seri 1-1 dengan Livingston, kelmarin.

Disiarkan pada: March 18, 2019 @ 11:13pm
d