arena

Ikut cara perlahan Mourinho memanglah kalah...!

Oleh The Sun

OLE Gunnar Solskjaer menuduh pemain Manchester United kembali bermain dengan cara Jose Mourinho selepas tewas mengejut kepada Wolves dalam saingan Piala FA.

Pengurus sementara Manchester United itu memberikan ‘layanan pengering rambut’ selepas mereka kalah kepada pasukan terbabit di gelanggang lawan.

Solskjaer sekadar melihat skuadnya itu bermain dengan cara perlahan dan gaya bolasepak meletihkan yang pernah digunakan oleh bekas United itu sehingga teruk dikritik sebelum disingkirkan pada Disember lalu.

Pengurus dari Norway itu memberitahu skuadnya supaya memanfaatkan cuti rehat antarabangsa untuk menganalisa prestasi masing-masing.

Solskjaer menganggap Piala FA peluang terbaiknya menjulang piala kejuaraan musim ini.

Malah, dia melabelkan aksi persembahan mereka paling buruk sejak tiba di Old Trafford dan ibarat melangkah ke belakang semula.

Ketika United tewas 2-0 kepada Arsenal pada perlawanan sebelum ini, dia merasakan mereka tidak bernasib baik beraksi di Emirates.

Bagaimanapun kekalahan 2-1 di Molineux, Sabtu lalu begitu mendesak dan Solskjaer mahu pemainnya kembali bangkit.

Pemain United tidak pernah melihatnya sangat marah dan seolah-olah belajar muslihat ‘layanan pengering rambut’ daripada bekas bos legenda United, Sir Alex Ferguson.

Solskjaer mengharapkan skuad itu akan memberi reaksi selepas dua kekalahan dilalui mereka dalam saingan Piala FA dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Disiarkan pada: March 19, 2019 @ 3:00pm
d