arena

Orang terkaya Britain mahu beli Chelsea

Oleh Daily Mail

ORANG terkaya Britain Sir Jim Ratcliffe masih tidak berganjak dengan pendirian untuk membeli Chelsea biarpun tawaran dibuat berada di bawah paras nilai ditetapkan oleh pemilik Roman Abramovich.

Berita mengenai pembelian kelab London itu menarik perhatian media negara itu selepas Ratcliffe membuat tawaran untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tahun lalu tetapi masih belum ada kata putus mengenainya.

Ratcliffe yang memiliki kekayaan sebanyak £21billion (RM114 bilion) kini adalah pemilik baru pasukan berbasikal Team Sky yang kemudiannya dinamakan Team Ineos sempena nama syarikat kejuruteraan kimianya.

Dia kini mahu menambah kelab bolasepak Chelsea ke dalam portfolionya.

Apapun mengenainya, Abramovich tidak pernah mengambil serius minat bilionair Britain itu kerana dia hanya akan mempertimbang untuk menjual kelab itu pada harga sekurang-kurangnya £2.1billion (RM11.3 bilion).

Abramovich langsung tidak berada di Stamford Bridge sepanjang musim Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan kesukaran untuk mendapatkan visa apatah lagi ketika hubungan dingin Britain dan Russia masih berterusan.

Abramovich juga sehingga kini masih menangguhkan rancangan membina semula stadium Stamford Bridge untuk membolehkan kapasiti 41,631 penonton sekarang meningkat kepada 63,000 menjelang musim 2023-24.

Bagaimanapun, Chelsea menegaskan kelab itu bukan untuk dijual kepada sesiapa.

Disiarkan pada: March 19, 2019 @ 8:12pm
d