arena

Courtois tak nak ganti De Gea

Oleh The Sun

THIBAUT Courtois menolak cadangan berhijrah ke Manchester United sebagai pertukaran untuk David De Gea menyertai Real Madrid.

Perbincangan antara dua kelab gergasi Eropah itu berkesudahan dengan draf penjaga gol Belgium itu ditawarkan peluang menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Courtois, 26, mahu kekal di Bernabeu selepas dia menyertai kelab Sepanyol itu dari Chelsea pada musim panas lalu.

Jika itu berlaku, dia lebih selesa menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada penghujung musim.

Selepas kembali ke Real, bos Zinedine Zidane mengenepikan bekas penjaga gol Chelsea itu ketika mengendalikan perlawanan pertama Real menang 2-0 mengatasi Real Betis.

Zidane memberitahu Courtois mengenai perancangannya untuk memberi peluang kepada Keylor Navas dan ia tidak bermakna dia kehilangan tempatnya dalam jangka masa panjang.

Bagaimanapun, Real pula mengambil kesempatan mengenai rundingan De Gea dengan United yang masih belum ada kesudahan dan membentuk cadangan Courtois berhijrah menyertai Red Devils.

Apapun mengenainya, Real sudah memberi isyarat niat mereka untuk mendapatkan penjaga gawang paling ideal untuk mereka musim depan.

Courtois merasakan dia mendapat layanan buruk oleh penyokong Real yang begitu lantang mengkritiknya sepanjang kempen musim ini.

Penjaga gol itu juga menjadi bahan kemarahan penyokong dengan cara dia beraksi dalam La Liga dan saingan Eropah musim ini.

Malah, dia juga teruk dikritik ketika tewas 4-1 kepada Ajax menyaksikan Real tersingkir keluar pada saingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara (UCL).

Ia juga sampai ke peringkat di mana ayahnya Thierry Courtois mendakwa anaknya itu menjadi mangsa.

Thierry berkata: "Saya merasakan setiap orang mensasarkan Thibaut. Akhbar Sepanyol dan juga Flemish. Sebagai ayah, saya tidak boleh tidak ambil peduli mengenainya”.

Disiarkan pada: March 19, 2019 @ 9:03pm
d