arena

Ronaldo jalani latihan skuad Portugal

Oleh AFP

CRISTIANO Ronaldo menyertai rakan sepasukan di Portugal hari ini sebagai persediaan perlawanan kelayakan Euro 2020 minggu ini selepas sembilan bulan tidak menyertai pasukan kebangsaannya itu.

Penyerang Juventus berusia 34 tahun disenaraikan oleh jurulatih Portugal, Fernando Santos untuk perlawanan di gelanggang sendiri menentang Ukraine dan Serbia, selepas tidak beraksi untuk negaranya sejak Piala Dunia 2018.

Ronaldo direhatkan sejak enam perlawanan terakhir Portugal sementara di menyelesaikan urusan perpindahan daripada Real Madrid ke kelab baru penghujung Julai lalu.

Juara bertahan Piala Euro, yang layak bersaing di pusingan akhir Liga Negara-Negara UEFA pada Jun, memulakan kempen Kumpulan B di Lisbon pada Jumaat menentang Ukraine sebelum berdepan Serbia pada 25 Mac.

"Cristiano ada kualiti pada setiap pasukan. Sangat berbesar hati untuk beraksi dengannya dan kehadiran sangat penting buat kami,” kata pertahanan Portugal dan juga rakan sepasukan Ronaldo di Juventus, Joao Cancelo kepada media.

Disiarkan pada: March 19, 2019 @ 9:30pm
d