arena

Choi, Immelman, Weir perkukuh skuad Antarabangsa

Oleh Reuters

Kapten pasukan Antarabangsa Ernie Els menamakan pemain Korea KJ Choi, pemain Afrika Selatan Trevor Immelman dan pemain Kanada Mike Weir sebagai penolongnya untuk Piala Presiden-Presiden tahun ini di Australia, kata Jelajah PGA hari ini.

Els sebelum ini menamakan pemain Australia Geoff Ogilvy sebagai salah seorang pembantunya untuk kejohanan yang bakal berlangsung di Royal Melbourne 12 hingga 15 Disember ini.

Kejohanan dwitahunan itu mempertaruhkan aksi 12 pemain daripada Amerika Syarikat dengan barisan pemain antarabangsa di luar Eropah.

Choi, juara lapan kali Jelajah PGA, 40 minggu dalam kelompok 10 terbaik dunia dan dianggap pemain golf Asia paling berjaya setakat ini, bertanding dalam tiga edisi Piala Presiden dan menjadi pembantu pada 2015.

“Adalah menjadi tugas kami sebagai penolong kapten untuk membawa pemain daripada pelbagai negara dan menyatukan mereka,” kata Choi dalam satu kenyataan.

“Adalah menjadi tugas kami untuk membantu mereka supaya bersikap terbuka dan meredakan tekanan yang mungkin mereka rasai.”

Immelman, di mana Masters 2008 adalah antara dua Jelajah PGA yang dimenanginya, bertanding dalam Piala Presiden-Presiden pada 2005 dan 2007, akan membuat penampilan sulung sebagai penolong kapten.

“Sebagai pencabar, Trevor adalah seorang yang kental dan saya pasti kelebihan ini akan membawa aura positif terhadap pemain kami,” kata Els.

“Apabila saya bermain dalam satu pasukan bersama Trevor pada 2007, dia adalah antara pemain yang menunjukkan kesungguhan dan saya pasti dia akan menyumbang kepada pasukan di Australia nanti.”

Bulan lalu, kapten Amerika Syarikat Tiger Woods menamakan Fred Couples, Zach Johnson dan Steve Stricker sebagai pembantunya.

Disiarkan pada: March 20, 2019 @ 11:09am
d