arena

Kejutan Fraser, Elvira

Oleh Saiful Affendy Sapran

JUARA Kejohanan Golf Maybank 2016 dari Australia, Marcus Fraser berkongsi kedudukan pendahulu bersama pemain Sepanyol, Nacho Elvira selepas berakhir hari pertama di Saujana Golf & Country Club, Kuala Lumpur, hari ini.

Fraser dan Elvira masing-masing mencatat tujuh bawah par 65 sekaligus mengetepikan cabaran barisan pemain ternama dunia yang lain.

Fraser mengakui terkejut dengan prestasinya di hari pertama selepas melabelkan dirinya kini sebagai pemain golf separuh masa.

"Saya sememangnya seorang pemain golf separuh masa ketika ini. Lebih mengejutkan apabila saya dapat melakukan tujuh bawah par.

"Ia adalah satu keputusan yang bagus selepas tidak banyak beraksi pada saingan kompetitif," katanya.

Lapan birdie yang dilakukan Fraser nyata banyak membantunya melonjak kedudukan teratas.

Sementara itu, Elvira nyata berpuas hati dengan catatan yang dilakukannya itu selepas mengambil kira rekod yang kurang memberangsangkan di kejohanan ini.

"Saya harap dapat meneruskan prestasi konsisten ini pada pusingan seterusnya," katanya.

Disiarkan pada: March 21, 2019 @ 7:43pm
d