arena

Pemilik Liverpool 'potong harga' RM40 juta

Oleh Daily Mail/Esme Jo

PEMILIK Liverpool John W Henry mengurangkan harga jualan rumah mewah agam Florida miliknya kepada ASD15 juta (RM61j) daripada USD25j (RM101j).

Rumah digelar 'The House of Peace' itu mempunyai tujuh bilik tidur dilengkapi kolam renang serta pemandangan sekeliling yang memukau.

Ketua Anfield itu memiliki kemewahan dianggarkan sebanyak ASD2.7 bilion (RM9.8 bilion) juga adalah pemilik pasukan besbol Boston Red Sox dan akhbar Boston Globe.

Dia membeli rumah dengan keluasan 2.4 hektar itu pada harga $850,000 (RM3.4j) pada 1991 tetapi masih mampu mengaut keuntungan biarpun membuat potongan harga sebanyak ASD10j (RM40 juta).

Dalaman menarik rumah itu menunjukkan Henry meletakkan meja permainan bolasepak dengan logo dan warna Liverpool.

Ejen hartanah yang dipertanggungjawab untuk menjual hartanah terbabit, Senada Adzem, berkata: “Kami melihat pada setiap yang tertangguh, apa yang boleh didapati dan saingan perlu dihadapi”.

“Kami berhasrat meletakkannya pada harga kompetitif disebabkan banyak tawaran di selatan Florida sekarang.”

Hartanah itu terletak di kawasan kejiranan Le Lac, Boca Raton.

Terdapat foyer pada tingkat utama dengan tangga susur dan ruang tamu dua tingkat.

Malah, rumah agam itu turut dilengkapi panggung wayang, bar sukan, perpustakaan, gimnasium dan studio rakaman.

Selain itu, dapur terbuka dengan oven piza, gelanggang tenis tanah liat dan gelanggang untuk permotoran juga antara tarikan lain ditawarkan di rumah itu.

Disiarkan pada: March 21, 2019 @ 9:38pm
d