arena

Van Marwijk dilantik jurulatih UAE

Oleh Reuters

BEKAS jurulatih Belanda, Arab Saudi dan Australia, Bert van Marwijk dilantik sebagai jurulatih Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggantikan Alberto Zaccheroni.

UAE FA mengumumkan pelantikan pengurus berusia 66 tahun itu semalam, tujuh minggu selepas pengendali Itali, Zaccheroni menyelesaikan tugas pasukan tuan rumah yang tewas di peringkat separuh akhir oleh Qatar pada Piala Asia.

Van Marwijk membawa skuad Belanda ke final Piala Dunia pada 2010 selain memacu pasukan Arab Saudi layak beraksi di pentas akhir tahun lalu selepas kali terakhir pasukan itu beraksi di pentas akhir kejohanan berprestij itu pada 2006.

Bekas pengurus Hamburg HV, Feyenoord dan Borussia Dortmund dilepaskan oleh Arab Saudi sebelum kempen pusingan akhir berlangsung selepas kedua-dua pihak menemui kata sepakat mengenai terma dan syarat kontrak.

Bagaimanapun, dia membimbing pasukan Australia yang gagal melepasi pusingan pertama di Russia.

UAE hanya sekali layak ke pusingan akhir Piala Dunia pada 1990 sebalik dapat beraksi di pusingan akhir jika menjadi penganjur bersama untuk beberapa perlawanan pada kejohanan 2022 serta sekatan politik dan ekonomi ke atas Qatar dihentikan selain mengambil kira keputusan FIFA untuk menganjurkan kejohanan disertai 48 pasukan.

Disiarkan pada: March 21, 2019 @ 11:49pm
d