arena

Pieters sambar kedudukan pendahulu

Oleh Saiful Affendy Sapran

THOMAS Pieters merampas kedudukan pendahulu selepas pusingan kedua Kejohanan Maybank apabila mempamer aksi konsisten di Saujana Golf & Country Club, Shah Alam, hari ini.

Pemain sensasi Belgium berusia 27 tahun itu melakukan tiga bawah par 69 pada hari kedua untuk keseluruhan lapan bawah par 136.

Pieters mendahului satu pukulan di depan pemain muda Indonesia, Danny Masrin yang mencatat 68 dan pemain Sepanyol, Nacho Elvira yang merakam 72.

Sementara itu pemain negara, Nicholas Fung kekal muncul sebagai pemain terbaik negara.

Nicholas yang memulakan saingan pada awal pagi, mencatat satu atas par 73 untuk keseluruhan tiga bawah par 141.

Catatan yang kurang baik berbanding semalam itu menyaksikan Nicholas berkongsi di kedudukan ke-22 sekali gus melepasi ‘cut’.

Seorang lagi pemain negara, Gavin Green turut melepasi ‘cut’ selepas mencatat dua bawah par 70 hari ini untuk keseluruhan par 144.

Disiarkan pada: March 22, 2019 @ 8:23pm
d