arena

Sung-hyun, Liu kongsi kedudukan pendahulu

Oleh AFP

PEMAIN China, Liu Yu berkongsi kedudukan pendahulu bersama pemain nombor satu dunia dari Korea, Park Sung-hyun selepas mencatat lapan bawah par 64 di Piala Founders LPGA, awal pagi tadi.

Sung-hyun dan Liu mendahului dengan dua pukulan dalam kumpulan lapan pemain yang turut mengandungi pendahulu sebelum ini Celine Boutier dan bekas pemain nombor satu dunia, Lydia Ko dari New Zealand.

Turut serta dalam kumpulan itu ialah pemain Amerika Syarikat, Angel Yin dan Cheyenne Knight, pemain Sweden, Linnea Strom, pemain Denmark-Nanna Koerstz Madsen dan pemain Korea,Hur Mi-jung.

Juara bertahan Park In-bee dari Korea Selatan mengetuai kumpulan lima pemain dengan catatan 135.

Liu bangkit dengan mencipta tiga birdie berturut-turut selepas melakukan bogey pada awal permainan.

"Semuanya seperti diharapkan,” kata Liu yang mengakui ia tidak berlaku pada setiap hari.

"Apabila tiba hari seperti ini, saya puas dapat mengaut kesempatan,” katanya sambil mengakui cuaca panas memperlahankan permainannya.

"Secara keseluruhannya, saya gembira dengan permainan saya hari ini terutamanya putting saya sangat bagus dan pukulan lebih baik daripada semalam.”

Disiarkan pada: March 23, 2019 @ 12:53pm
d