arena

Coretan 'YNWA' Salah atas pasir pantai

Oleh Mirror

MOHAMED Salah memanfaatkan peluang cuti rehat perlawanan antarabangsa untuk mengembalikan semula tahap kecergasan.

Salah tidak menyertai skuad antarabangsa Mesir ke Afrika sebaliknya menggunakan peluang itu mendapatkan semula prestasi dalam usaha meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Reds kini bertarung bersama Mancehster City untuk kemasyhuran EPL dan juga berdepan Porto pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), bulan depan.

Biarpun cuba untuk menenangkan diri dalam saingan musim liga penuh dramatik, Salah masih tidak dapat melupakan Liverpool.

Ia terbukti selepas dia mengirimkan fotonya ke media sosial ketika berada di tepi laut dan melakar frasa ikonik "You'll Never Walk Alone" atas pasir pantai.

Penyokong Liverpool gembira dengan mesej seumpama itu apatah lagi ditulis oleh pemain bintang yang menunjukkan rasa sayangnya kepada kelab Merseyside itu.

Seorang peminat memberi reaksi kepada Salah dengan menulis "you'll never walk alone Mo".

Seorang peminat lagi menyifatkan ia foto yang menakjubkan dan menambah: "Kami berdiri bersama anda melalui saat terhebat dan detik paling sukar".

Disiarkan pada: March 23, 2019 @ 9:08pm
d