arena

Scotland bangkit

Oleh Reuters

SCOTLAND menewaskan San Marino 2-0 sekali gus mengelak daripada mencatat kekalahan kedua memalukan dan mencerahkan peluang untuk kembali bersaing dalam kempen kelayakan Euro 2020.

Pasukan Scotland dikatakan masih bergelut dengan prestasi dan belum mempamerkan aksi meyakinkan peminat mereka.

Tandukan Kenny McLean empat minit sebaik perlawanan bermula meletakkan Scotland di depan lawan negara kecil itu.

Namun mereka perlu menunggu sehingga minit ke 74 permainan menerusi rembatan Johnny Russell untuk memastikan kemenangan selesa dan cukup penting buat Scotland.

Skuad yang dikritik hebat gara-gara kekalahan 3-0 kepada pasukan ranking ke 117 dunia, Kazakhstan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan I pada Khamis lalu.

San Marino, yang berada di kedudukan 211 di bawah ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak pernah menang perlawanan dalam kejohanan yang disertai dan dilihat tidak akan mencatat kemenangan berdepan Scotland selepas pasukan itu tewas di Kazakhstan.

Mereka melakukannya dengan cara sukar walaupun mendahului di awal permainan - ia termasuk aksi mengecewakan pasukan Tartan Army di Stadium Olimpico Serravalle, San Marino.

Pengurus Alex McLeish juga ‘mengamuk’ pada waktu rehat.

“Kami bercakap mengenai membawa berkualiti pada aksi permainan kami sehingga ia memberi kejutan untuk melepasi lawan,” kata McLeish.

“Saya berpendapat keputusan di Kazakhstan mempengaruhi permainan beberapa pemain.

“Mendapatkan gol kedua adalah sangat penting kerana San Marino berasakan mereka masih berada dalam permainan dan jaringan amat penting bagi kami.

“Walaupun ada yang mahu melihat kami melakukan lima atau enam jaringan namun dua jaringan dan kemenangan sudah cukup memadai.”

Disiarkan pada: March 25, 2019 @ 11:03am
d