arena

Maria tewaskan juara bertahan

Oleh Reuters

JUARA bertahan, Sloane Stephens terpaksa pulang awal di Terbuka Miami selepas tewas kepada pemain Jerman, Tatjana Maria, 6-3, 6-2, pada pusingan ketiga.

Stephens, juara Terbuka Amerika Syarikat 2017 dan pemain nombor enam dunia, gagal membuat pukulan balas daripada gerakan lantunan dan umpanan Maria pemain yang berpangkalan di Florida.

Kekalahan itu menyaksikan penyingkiran awal kali kedua buat Stephens kejohanan utama selepas tewas perlawanan pertama di Indian Wells kepada pemain kelayakan dari Switzerland Stefanie Vogele.

Terdahulu, pilihan kedua Simona Halep bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk menewaskan Polona Hercog manakala Venus Williams mara ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan Daria Kasatkina dengan straight set.

Maria, pemain ranking 62 dunia, meraikan kemenangan dengan penuh bergaya menerusi lambungan bola yang memastikan mata kemenangan pemain itu.

“Saya tidak begitu gembira ketika ini,” kata pemain berusia 31 tahun itu. “Saya fikir saya beraksi di rumah kerana saya tinggal di sini. Ia sangat banyak membantu saya.

“Permainan saya sangat istimewa, jadi saya tahu malam ini saya mempunyai peluang. Saya bermain dua kali menentang Sloane (Stephens), jadi saya tahu apa yang diharapkan.”

Halep pula menewaskan pemain di ranking ke 93 dunia, Hercog, 5-7, 7-6 (7/1), 6-2 untuk mara ke peringkat 16 terbaik.

“Ia bukan begitu mudah,” kata Halep. “Saya fikir tahap ini sangat, sangat tinggi. Dia beraksi cukup menakjubkan. Jika dia terus bermain seperti ini, dia boleh menjadi pemain dalam kelompok 20 teratas dengan mudah.”

Disiarkan pada: March 25, 2019 @ 12:12pm
d