arena

Zidane mahu Mane ke Real Madrid!

Oleh The Sun

AKHBAR harian sukan Sepanyol, Marca, hari ini meletakkan Real Madrid berminat mendapatkan Sadio Mane sebagai tajuk berita utama.

Kelab gergasi Sepanyol itu berminat mendapatkan penyerang Senegal itu semakin dirasai selepas Zinedine Zidane kembali ke Bernabeu.

Pengurus dari Perancis itu menggantikan Santiago Solari yang dipecat pada awal bulan ini dikenali memang meminati gaya permainan Mane.

Bintang Liverpool itu kini berada pada tahap terbaiknya selaku penjaring berbahaya sejak menyertai Reds daripada Southampton pada 2016.

Dia meledak 11 gol dalam 11 perlawanan termasuk gol pembukaan menentang Fulham sebelum cuti rehat antarabangsa membolehkan Reds kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mane beraksi bersama Senegal ketika menang 2-0 ke atas Madagascar pada kelayakan Piala Afrika, kelmarin, langsung tidak tergugat dengan khabar akan meninggalkan Liverpool selepas menandatangani kontrak baru tahun lalu.

Foto utama Marca menunjukkan Zidane menenangkan Mane selepas final Liga Juara-Juara (UCL) 2018 dengan Mane menjaringkan gol saguhati Liverpool tewas 3-1 kepada Real membuktikan pengurus Perancis itu sedia melakukan perpindahan pemain terbabit.

Tajuk utama itu berbunyi: "Zidane mahukan Mane."

Disiarkan pada: March 25, 2019 @ 4:28pm
d