arena

Lindelof timang anak lelaki [VIDEO]

Oleh Agensi

PEMAIN pertahanan Manchester United Victor Lindelof ceria bergelar bapa selepas menimang anak lelaki.

Pemain bek tengah itu tidak beraksi bersama skuad antarabangsa Sweden minggu ini untuk menemani isterinya, Maja Nilsson Lindelof di hospital.

Lindelof bekas pemain Benfica berkongsi kegembiraan menyambut kehadiran anak sulungnya sebagai anggota baru keluarga mereka, semalam.

Victor mengirimkan foto hitam putih ketika memangku anak lelakinya itu.

Maja menulis: “Saya tidak tahu apa hendak ditulis mengenai foto anak lelaki yang baru saya lahirkan ini”.

Lindelof menyertai rakan sepasukan Paul Pogba dan Fred yang baru menjadi bapa manakala Chris Smalling dan Matteo Darmian juga bakal menjadi bapa tidak lama lagi.

Pemain pertahanan berusia 24 tahun itu kembali beraksi pada tahap terbaiknya di bawah kendalian pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer yang meletakkannya dalam kesebelasan utama.

United kembali beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menanti kunjungan Watford Sabtu ini.

Disiarkan pada: March 26, 2019 @ 2:07pm
d