arena

Ronaldo yakin cergas

Oleh Reuters

CRISTIANO Ronaldo percaya kecederaan ketika memaksanya dikeluarkan daripada skuad Portugal ketika perlawanan menentang Serbia Isnin lalu agak serius dan dia membayangkan akan kembali beraksi dalam satu atau dua minggu.

Ronaldo terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama kelayakan Euro 2020 selepas mengalami kecederaan otot. Perlawanan ketika itu berakhir 1-1.

“Saya akan mengetahuinya dalam masa 24 atau 48 jam,” katanya kepada pemberita.

“Ia berlaku, inilah bola sepak. Jika kamu keluar ketika waktu hujan kamu akan basah... Saya tenang, saya akan kembali dalam satu atau dua minggu.”

Ketiadaan Ronaldo dalam tempoh yang panjang pasti membimbangkan kelabnya, Juventus, yang menandatangani Ronaldo tahun lalu dalam misi mereka untuk mengintai peluang menjuarai Liga Juara-Juara.

Juventus berkunjung ke Ajax dalam saingan suku akhir pertama pada 11 April ini.

Disiarkan pada: March 26, 2019 @ 11:40pm
d