arena

Pemain All Blacks, ibu Sonny peluk Islam [VIDEO]

Oleh ilmfeed/Twitter/Esme Jo

PEMAIN ragbi All Blacks, Ofa Tu’ungafasi memeluk agama Islam selepas melawat mangsa terbabit dalam serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand bersama rakan sepasukan, Sonny Bill Williams.

“Allahu akbar hari ini (semalam) ibu kepada pemain ragbi New Zealand, Sonny Bill dan rakan baik sepasukannya, Offa Tuungafasi mengucap Dua Kalimah Syahadah memeluk Islam.

“Semoga Allah mempermudahkan buat mereka dan memberkati mereka, Ameen.

“Podcast akan muncul tidak lama lagi Inshallah,” tulis pendakwah, John Fontain di Twitter, semalam.

Ofa, berketinggian 195sm (6 kaki 5’) beraksi sebagai Prop dalam pasukan ragbi New Zealand.

Dia juga bapa kepada tiga anak perempuan.

Sebelum ini, Sonny memeluk Islam pada 2009 ketika beraksi untuk Toulon di Perancis.

Dia adalah pemain Islam pertama beraksi untuk All Blacks.

Disiarkan pada: March 27, 2019 @ 3:13pm
d