arena

Baling bola tenis sebagai protes

Oleh Reuters

PENYOKONG Ireland mengganggu kerancakan aksi kelayakan Euro 2020 menentang Georgia semalam.

Sekumpulan penyokong negara itu bertindak melontar bola tenis ke dalam padang sebagai tanda protes kepada Persatuan Bolasepak Ireland (FAI) diatas pelantikan John Delaney sebagai Ketua Eksekutif persatuan itu.

Permainan terpaksa dihentikan tiga minit pada separuh masa pertama ketika pemain Ireland mahu mengambil sepakan percuma di dalam kawasan pertahanan Georgia.

Sementara pekerja di stadium mengeluarkan puluhan bola tenis yang dilontarkan oleh peminat yang berang kepada FAI kerana melantik Delaney untuk tugas berkenaan.

Conor Hourihane menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma dan perlawanan berakhir 1-0 untuk memastikan Ireland mendahului saingan Kumpulan D.

Sebelum ini, penyokong Hull City mengganggu perjalanan Piala Liga ketika perlawanan menentang Bolton Wanderers pada 1998 dengan melontar bola tenis sebagai tanda protes kepada plan pembangunan oleh pemilik kelab berkenaan David Llyod.

Llyod bekas pemain tenis kemudiannya menjual kelab berkenaan pada tahun sama.

Penyokong Borussia Dortmund, Sevilla, Basel dan Luzern, juga melontar bola tenis sebagai bantahan kepada masa perlawanan bermula.

Disiarkan pada: March 27, 2019 @ 11:58pm
d