arena

Gomez dijangka kembali beraksi

Oleh Agensi

PEMAIN pertahanan Liverpool dan England, Joe Gomez kembali menjalani latihan selepas tiga bulan tidak beraksi kerana mengalami kecederaan patah kaki.

Gomez, 21, mengalami kecederaan itu ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Burnley pada 5 Disember.

“Ia amat bagus - Joe (Gomez) tidak lagi cedera dan semakin cergas,” kata pengurus Reds Jurgen Klopp.

“Joe terpaksa berehat 15 minggu. Itu terlalu lama, jadi di perlu melakukan kembali perkara asas semula untuk menghabiskan musim ini.”

Gomez, yang memenangi enam kap antarabangsa, membuat 18 penampilan dalam semua kejohanan musim ini untuk Liverpool. Reds kini menduduki tangga teratas EPL dengan kurang daripada dua bulan untuk menamatkan saingan musim ini.

Klopp juga berkata pemain tengah, Alex Oxlade-Chamberlain, dijangka kembali menjalani latihan tidak lama lagi selepas pemain itu mengalami kecederaan lutut yang berpanjangan April lalu.

“Sudah tentu kami sangat berhati-hati,” kata pengendali Jerman itu. “Dia sedang bekerja keras, melakukan banyak perkara dan saya fikir dia akan menjalani latihan dalam seminggu lagi serta akan pulih sepenuhnya.”

Liverpool akan melayan kunjungan Tottenham dalam saingan EPL pada Ahad ini. Diikuti perlawanan menentang Southampton pada 6 April sebelum berdepan perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara bertemu Porto pada 10 April di Anfield.

Disiarkan pada: March 28, 2019 @ 12:39am
d