arena

Sheikh Salman tidak dicabar

Oleh Reuters

SHEIKH Salman Ebrahim Al Khalifa akan terus menerajui bola sepak serantau buat empat tahun lagi selepas pencabar terakhirnya bagi kerusi presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menarik diri hari ini.

Saoud Al Mohannadi dari Qatar menarik diri daripada pemilihan bagi jawatan utama dan mengumumkan sokongannya terhadap Sheikh Salman dari Bahrain, seminggu selepas Mohammad Khalfan Al Romaithi turut menarik diri.

Sheikh Salman, yang menyatakan beliau mendapat sokongan 40 daripada 47 anggota AFC, kini tidak dicabar pada kongres AFC di Kuala Lumpur, Sabtu depan.

“Saya, secara peribadi dan Persatuan Bolasepak Qatar, akan terus menyokong Sheikh Salman sebagai presiden AFC,” kata Al Mohannadi dalam satu kenyataan di laman web persatuan bola sepak negara itu.

“Kami amat yakin beliau akan memimpin Asia sebagai satu unit dalam setiap perkara.”

Penarikan diri Al Mohannadi sudah dijangka susulan pengumuman Al Romaithi seminggu lalu.

Penggal baru empat tahun akan menyaksikan Sheikh Salman kekal di AFC hingga 2023, dengan kerabat diraja Bahrain itu kali pertama memegang jawatan itu pada 2013 susulan penggantungan Mohammed Hammam daripada aktiviti bola sepak oleh FIFA.

Disiarkan pada: March 29, 2019 @ 12:09am
d