arena

Peninju selamba 'kucup bibir' wartawan wanita [VIDEO]

Oleh TMZ Sports

WARTAWAN wanita yang dikucup bibirnya oleh peninju heavyweight, Kubrat Pulev dalam temuramah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Menurut TMZ, Jenny SuShe melantik Gloria Allred untuk mengambil tindakan seterusnya terhadap peninju Bulgaria berusia 37 tahun itu.

Jenny mendakwa Pulev turut meramasnya selepas temuramah itu dan meminta agar pihak berkuasa menggantung lesen tinju Pulev.

Dalam temuramah dilihat berlangsung dalam keadaan kurang selesa itu, Jenny bertanya sama ada Pulev sudah bersedia untuk berdepan Tyson Fury pada masa depan.

Pulev membalas 'ya' sebelum menarik Jenny dan mencium bibirnya tetapi peninju terbabit dia tidak mempunyai sebarang niat buruk terhadap tindakannya itu.

“Anda mungkin ada melihat rakaman video saya mengucup bibir seorang wartawan wanita selepas temuramah selepas saya memenangi perlawanan saya Sabtu lalu,” kata Pulev.

“Wartawan itu, Jenny, sebenarnya kawan saya dan selepas temuramah saya membuatkan seseorang gembira jadi saya memberikannya ciuman.

“Dia turut menyertai saya pada lewat malam itu bersama beberapa rakan pada majlis selepas perlawanan.

“Menerusi video itu, kami berdua ketawa mengenainya dan berterima kasih satu sama lain. Tiada lebih daripada itu.”

Disiarkan pada: March 29, 2019 @ 1:19pm
d