arena

Beli tiket ICC 2019 di Shopee

PLATFORM e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee menyertai Piala Juara Juara Antarabangsa 2019 (ICC 2019) sebagai rakan e-dagang rasmi pertama kejohanan berprestij itu.

Kerjasama antara Shopee dan ICC menyaksikan pengguna platform itu yang berada lima negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina akan dapat membeli tiket perlawanan rasmi di Shopee bermula 4 April untuk menyaksikan kejohanan terbabit yang akan berlangsung pada 20 dan 21 Julai ini di Singapura.

Ketua Pemasaran Serantau Shopee, Agatha Soh mengakui pihaknya teruja untuk menjadi rakan e-dagang rasmi ICC dengan memanfaatkan sepenuhnya peluang menerusi medium bola sepak yang sememangnya menjadi sukan nombor satu di dunia ini.

“Memandangkan bola sepak sangat popular di rantau ini, kami melihat acara ini sebagai peluang hebat untuk menambah nilai bagi pelanggan dengan memanfaatkan minat mereka dan mendekatkan mereka dengan idola bola sepak mereka.

“Menerusi kerjasama terbabit, peminat bola sepak di rantau in boleh membeli tiket dengan mudah di Shopee untuk menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi secara langsung di Singapura dan merebut peluang keemasan ini untuk bertemu sendiri idola masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Relevent Sports Group, David Safer mengalu-alukan pembabitan syarikat e-dagang yang memiliki reputasi tinggi itu dalam kerjasama terbabit.

“Sejajar dengan matlamat kami untuk menghimpunkan dan meraikan peminat bola sepak, capaian dan pengaruh luas Shopee di rantau ini menjadikan mereka rakan e-dagang paling sesuai untuk memaksimumkan capaian dalam talian kepada para peminat kami di seluruh Asia Tenggara.

“Kami gembira untuk berganding bahu dengan Shopee dan kami yakin bahawa pakatan kami akan mencapai kejayaan besar untuk mendekatkan lagi peminat bola sepak di seluruh Asia dengan pasukan-pasukan bola sepak paling hebat di dunia,” katanya.

Sejajar dengan pengumuman sebagai rakan e-dagang rasmi bagi ICC 2019 di Singapura, pengguna Shopee juga berpeluang untuk memenangi percutian percuma untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di Singapura.

Sebagai rekod, edisi 2019 menyaksikan penyertaan empat pasukan terkemuka iaitu Manchester United, Inter Milan, Tottenham Hotspur dan Juventus.

 

Disiarkan pada: March 29, 2019 @ 5:52pm
d