arena

Federer 'ajar' Shapovalov

Oleh AFP

ROGER Federer memberikan pelajaran tenis buat Denis Shapovalov pada Terbuka Miami awal pagi tadi, menerusi kemenangan 6-2 6-4 untuk mara ke final Masters ATP buat kali kedua berturut-turut.

Federer mempamerkan kelas tersendiri di Stadium Hard Rock yang membuatkan bintang baharu Shapovalov, yang memuja pemain Switzerland sewaktu kecilnya jauh ketinggalan ketika seawal set pertama.

Pemain Kanada itu tampil lebih baik pada penghujung set kedua, namun belum cukup untuk mengetepikan juara Miami tiga kali itu yang berpeluang menjulang gelaran ke-101 selepas gagal melakukannya di Indian Wells apabila tewas kepada Dominic Thiem pada final.

Federer akan menentang John Isner, yang menjulang gelaran 2018 pada final awal pagi Isnin, selepas pemain Amerika Syarikat itu menewaskan rakan Shapovalov Felix Auger-Aliassime dengan straight set dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

“Game pertama yang panjang membantu saya membaca servisnya dan berjaya menghalangnya,” kata Federer, pilihan keempat kejohanan yang mencatat 30 winner dengan lapan daripadanya berpunca daripada servis lawan.

“Saya membuat sedikit pengubahsuaian dan gembira dengan variasinya. Saya tahu apa yang patut dijangkakan apabila berdepan John, dia mempunyai servis yang hebat jadi sudah pasti ia mencabar.

“Saya akan cuba mendapatkan bola sebanyak mungkin, saya sukakannya.”

Disiarkan pada: March 30, 2019 @ 9:39am
d