arena

Wartawan Harian Metro terima anugerah

Oleh Saiful Affendy Sapran

WARTAWAN sukan akhbar Harian Metro, Mohd Firdaus Mohd Hashim menerima Anugerah Khas Rakan Media pada Anugerah Ragbi Kebangsaan (ARK) anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) malam ini.

Mohd Firdaus menerima penghargaan itu berikutan sumbangannya sepanjang mengadakan liputan membabitkan arena ragbi negara khususnya membabitkan skuad kebangsaan.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya kepada wartawan akhbar Harian Metro, Saiful Affendy yang mewakili Mohd Firdaus.

Sebanyak 27 anugerah lain turut disampaikan pada majlis itu yang mengiktiraf penggiat sukan berkenaan termasuk pemain dan pasukan sokongan.

Disiarkan pada: March 30, 2019 @ 10:22pm
d