arena

Mei Kuan-Meng Yean kempunan

Oleh Ferzalfie Fauzi

BEREGU wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean terlepas peluang meraih kejuaraan apabila tumpas kepada pilihan utama dari Indonesia, Greysia Polli-Apriyani Rahayu pada final Terbuka India, hari ini.

Mei Kuan-Meng Yean, pilihan ketiga kejohanan tewas straight set 11-21, 23-25 sekali gus terlepas peluang untuk membawa balik kejuaraan sulung musim ini.

Bagaimanapun, aksi di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi itu adalah pencapaian terbaik pasangan nombor 17 dunia berkenaan selepas mara ke final.

Pencapaian paling jauh mereka musim ini adalah ke suku akhir Masters Sepanyol, bulan lalu.

Mei Kuan-Meng Yean akan beraksi pada Terbuka Malaysia bermula Selasa ini.

Mereka akan berdepan gandingan Thailand, Jongkolphan Kithitarakul-Rawinda Prajongjai di pusingan pertama.

Disiarkan pada: March 31, 2019 @ 5:57pm
d