arena

Pacman boleh lawan Mayweather semula!

Oleh The Sun

FLOYD Mayweather akan kembali beraksi di gelanggang tinju tahun ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Floyd Sr yang memberitahu Manny Pacquiao “dia boleh mendapatkan” semula Floyd.

Mayweather, 42, bersara daripada pertarungan profesional pada Ogos 2017 selepas menewaskan bintang UFC Conor McGregor dalam pertarungan 10 pusingan.

Bagaimanapun, atlet Amerika Syarikat menyukai wang itu kembali pada Disember lalu pada perlawanan pertunjukan menentang atlet kickboxer Jepun, Tenshin Nasukawa dan menewaskan pencabar novis featherweight itu pada pusingan pertama.

Floyd memberitahu lvsportsnetwork anaknya itu akan kembali dalam keadaan lebih kompetitif tahun ini dan memberi gambaran bekas lawannya, Pacquiao dari Filipina sekali lagi akan menjadi pencabarnya.

Mayweather Sr berkata: “Buat masa ini, saya boleh mengatakan semangat melawan Floyd masih membara. Saya bukan suka-suka mengatakannya kerana memang itu caranya.

"Apabila seseorang mengatakan dia akan bersara, dia akan bersara. Tetapi sekarang dia kembali melakukannya dan berlawan hampir setiap bulan.

“Saya tidak tahu sama ada dia berlatih. Saya boleh mengatakan dia sudah kembali ke gimnasium dan memusnahkan beberapa benda.

“Bagaimanapun, saya mengatakannya kerana disebabkan apa yang saya percaya. Apa boleh saya perkatakan, ia akan berlaku.

“Saya yakin dia akan kembali apabila ada pancabar sesuai menjadi lawannya.

“Pacquiao (Pacman) memang lantang jadi dia boleh mendapatkan Floyd untuk berlawan semula.

“Saya ada mendengar mereka bercakap untuk berlawan semula tetapi tidak pasti pertarungan apa mereka maksudkan.

“Apapun, tiada sebarang perbezaan sekiranya perlawanan dengan Pacquiao menjadi atau tidak. Saya rasa ia mengenai kembalinya semula Floyd. Saya tidak tahu siapa lawannya.”

Disiarkan pada: April 1, 2019 @ 8:30pm
d