arena

Kami nak menang : Robertson

Oleh AFP

ANDY Robertson berkata kemenangan saat akhir Liverpool ke atas Tottenham menunjukkan pemain mempunyai keyakinan untuk menang semua perlawanan ketika saingan sengit pasukan itu dengan Manchester City memburu kejuaraan Liga Perdana.

Liverpool menjaringkan gol kemenangan ketiga dalam perlawanan liga pada minit ke-90 untuk memastikan kemenangan 2-1 mengatasi Tottenham dan kembali ke puncak liga.

Jaringan sendiri Toby Alderweireld juga kemenangan ke-33 Liverpool pada 90 minit atau di akhir babak permainan dalam sejarah Liga Perdana, melebihi lapan daripada mana-mana kelab.

“Saya fikir semangat ini datang daripada keseluruhan pasukan yang mempunyai sikap positif dan percaya kami cukup bagus untuk memenangi mana-mana perlawanan,” kata Robertson pemain pertahanan Liverpool itu.

“Kami tahu kami mempunyai tenaga, kami tahu kami mempunyai semangat untuk terus bersaing sehingga penghujung aksi pada setiap perlawanan.

“Tahap kecergasan kami berada pada keadaan terbaik pada saat diperlukan pada musim ini, jadi kami tahu kami boleh terus bersaing sehingga tamat.

“Kadang kala kamu hanya perlu sedikit nasib dan kami memperolehinya walaupun kami berdepan detik sukar pada separuh masa kedua, kami tetap yakin bahawa kami akan mencatat kemenangan dalam perlawanan itu dan itulah mentaliti yang kami ada.

Kejayaan itu meletakkan Liverpool kembali di puncak liga dengan kelebihan dua mata mengatasi City, yang berkelebihan beraksi kurang satu perlawanan.

Disiarkan pada: April 1, 2019 @ 10:18pm
d