arena

Gesa aksi secanggih stadium

Oleh AFP

PENGENDALI Tottenham Mauricio Pochettino mendakwa kelabnya kini adalah ‘pemenang Piala Dunia’ dari aspek kemudahan apabila membuka stadium baharu kelab itu dengan menewaskan Crystal Palace 2-0 awal pagi tadi.

Jaringan separuh masa kedua daripada Son Heung-min dan Christian Eriksen memastikan Spurs mengakhiri lima perlawanan tanpa kemenangan di Liga Perdana Inggeris dan kembali meletakkan skuad Pochettino di tangga ketiga dengan mengetepikan pencabar dari utara London, Arsenal.

Gunners mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding Tottenham tetapi kemenangan itu juga bermakna kelab itu mempunyai kelebihan satu mata ke atas Chelsea di tangga kelima dengan kelebihan tiga mata di atas Manchester United dalam saingan merebut empat tangga teratas.

Pochettino menegaskan keperluan untuk memiliki ‘stadium terbaik di dunia’ untuk aksi Liga Juara-Juara musim depan sebelum sepak mula.

Malah kini beliau mahu pemainnya beraksi setaraf kemudahan yang ditawarkan pusat latihan dan stadium baharu kelab itu.

“Kini kami adalah pemenang Piala Dunia dari aspek kemudahan,” kata Pochettino.

“Kini stadium sudah ada dan kami perlu berada pada tahap yang sama.”

Tottenham masih belum menjulang sebarang trofi sejak Pochettino mengambil alih namun secara konsisten memberi tekanan dengan layak ke Liga Juara-Juara meskipun mempunyai kekangan bajet berbanding enam pencabar utama lain.

Disiarkan pada: April 4, 2019 @ 12:00pm
d