arena

Peng Soon-Liu Ying akur silap sendiri

Oleh Ferzalfie Fauzi

HARAPAN beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying untuk mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila mereka tumpas kepada pilihan kedua dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping di Arena Axiata, hari ini.

Peng Soon-Liu Ying yang kini menghuni ranking kelima dunia terpaksa akur dengan kehebatan pasangan kedua dunia itu apabila tumpas 19-21, 21-16, 25-27 dalam masa satu jam 23 minit.

Bagaimanapun, Peng Soon-Liu Ying mengakui sudah memberikan persembahan terbaik dan harap ia dapat meningkatkan keyakinan untuk kejohanan seterusnya Terbuka Singapura minggu depan.

Kedua-dua pasangan itu sudah bertemu empat kali dan kemenangan Yilyu-Dongping menyaksikan mereka terikat 2-2.

Menurut Liu Ying, perlawanan hari ini menyaksikan mereka bukan tumpas kepada pemain lawan tetapi kepada diri sendiri selepas melakukan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya.

Disiarkan pada: April 5, 2019 @ 8:42pm
d