arena

Culey ungguli peringkat pertama LTdL

Oleh Azlan Muhammad Zain

KEJUTAN dilakarkan pasukan benua tempatan apabila pelumbanya dari Australia, Marcus Culey menjuarai peringkat pertama LTdL 2019.

Culey mewakili Team Sapura Cycling (TSC) secara solo melintasi garisan penamat selepas gagal dikejar kelompok besar pelumba dengan masa empat jam 20 minit 40 saat selepas perlumbaan bermula di KLCC ke Tampin sejauh 176.9 kilometer.

Travis McCabe dari Floyd Pro Cycling kedua manakala pelumba pasukan ProTouch, Clint Hendricks ketiga.

Ia membolehkan Curley meraih jersi kuning selaku pendahulu individu keseluruhan selain jersi Raja Pecut dengan 21 mata.

Jersi Raja Bukit menjadi milik Angus Lyons dari Oliver's Real Food apabila mengumpul 26 mata.

Manakala Grigoriy Shtein dari Vino Astana Motors menyarung jersi putih bagi kategori pelumba terbaik Asia.

Peringkat kedua akan bersambung esok dari Senawang ke Melaka sejauh 200.6 kilometer.

Disiarkan pada: April 6, 2019 @ 5:22pm
d