arena

Rooney terima kad merah

Oleh Agensi

WAYNE Rooney diperintah keluar padang buat pertama kali dalam kariernya di liga bola sepak Amerika (MLS) ketika pasukannya DC United tewas dalam perlawanan menentang Los Angeles FC.

Rooney dilayangkan kad merah selepas didapati melakukan terjahan keras dengan dua-dua kaki terkena paras bawah lutut penyerang Los Angeles, Diego Rossi.

Bekas bintang Manchester United dan kapten England pada mulanya dilayangkan kad kuning namun selepas tayangan semula VAR, pengadil mengubah keputusan kepada kad merah. DC United ketinggalan 3-0 ketika itu.

Rossi menjaringkan gol kedua dan ketiga buat Los Angeles, dengan bekas penyerang Arsenal, Carlos Vela menjaringkan gol pembukaan buat pasukan itu sebelum Rossi melengkapkan hatrik pada minit ke-76 selepas Rooney di perintah keluar padang.

Ia adalah kad merah ketujuh yang diterima Rooney sepanjang kariernya mewakili kelab dan negara malah ia yang pertama sejak September 2014.

Disiarkan pada: April 7, 2019 @ 6:55pm
d