arena

Spurs dijangka lakukan rombakan

Oleh Agensi

TOTTENHAM sedang mempertimbangkan menjual lebih sedozen pemainnya musim panas ini tatkala Mauricio Pochettino merancang rombakan drastik terhadap skuadnya.

Baru sahaja pindah ke stadium baru yang gah, Spurs dijangka cuba membuat tawaran kepada pasukan lain yang mahu mendapatkan pemainnya dalam usaha melakukan perubahan seterusnya mengatasi sikap pemain.

Menurut Evening Standard, pertahanan kanan Kieran Trippier dan Serge Aurier berada dalam senarai teratas pemain untuk dijual.

Tripper beraksi baik untuk England pada Piala Dunia tahun lalu di Russia, dia menjaringkan gol menarik menerusi sepakan percuma menentang Croatia dalam aksi separuh akhir namun bergelut dengan prestasi musim ini.

Pochettino dijangka menaikkan taraf posisi berkenaan jika pembeli buat Trippier dan Aurier dapat dicari dengan pilihan kemungkinan pembelian pemain Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka.

Spurs juga rela membenarkan pemergian Danny Rose dan Toby Alderweireld pada musim panas ini jika mereka berminat berbuat demikian.

Manchester United dikaitkan dengan pemain tengah Belgium itu namun tidak melakukan tawaran rasmi.

Skuad berkenaan termasuk Victor Wanyama, Vincent Janssen, Fernando Llorente dan George-Kevin Nkoudou dalam senarai jualan.

Spurs mungkin mempertimbangkan menjual Erik Lamela dan Moussa Sissoko jika menerima tawaran menarik.

Arkitek pasukan Christian Eriksen juga memasuki musim akhir dengan Tottenham apabila kontraknya dijangka tamat musim panas ini dan keputusan sama ada menyambung kontrak atau melepaskan pemain itu masih samar.

Rundingan dengan wakil Eriksen menunjukkan perkembangan baik sebelum ini dan Real Madrid antara kelab yang dikaitkan mahu mendapatkan khidmat pemain itu.

Pemain pertahanan Jan Vertonghen juga memasuki tempoh akhir 12 bulan perjanjian kontrak bersama Spurs.

Disiarkan pada: April 7, 2019 @ 10:50pm
d