arena

Jadual perlawanan tak masuk akal: Sarri

Oleh AFP

MAURIZIO Sarri mempertikaikan keputusan ‘tak masuk akal’ Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan jadual perlawanan Chelsea menentang West Ham awal pagi esok, hanya tiga hari sebelum aksi pasukan itu di gelanggang lawan menentang Slavia Prague dalam Liga Europa.

Chelsea, yang bersaing merebut kedudukan empat teratas liga, berdepan minggu yang memenatkan, melayan kunjungan West Ham sebelum menuju ke Prague untuk perlawanan pada Khamis, diikuti perlawanan berdepan Liverpool pasukan yang memburu kejuaraan liga perdana pada Ahad.

Sarri memikirkan bos Liga Perdana perlu melakukan sesuatu untuk memberi galakan kepada pasukan Inggeris mengintai peluang dalam saingan Euro.

“Saya langsung tidak faham keputusan penganjur liga perdana kerana kami pergi ke Prague sebagai wakil pasukan Inggeris.” katanya.

“Jadi saya tidak faham kenapa kami harus bermain pada Isnin. Ia amat pelik. Saya fikir mereka perlu melakukan sesuatu kepada pasukan Inggeris yang beraksi di Euro.

“Dalam Serie A mereka beraksi pada Jumaat. Malah pasukan terbabit dalam Liga Europa jauh daripada gelanggang sendiri, boleh meminta untuk beraksi perlawanan Serie A pada Isnin seterusnya.

“Tetapi inilah situasinya dan kami hanya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan ini.”

Disiarkan pada: April 8, 2019 @ 7:05pm
d