arena

Kanaya dapat 'ilmu' Matsuyama

Oleh AFP

PEMAIN golf Jepun Takumi Kanaya, yang menempah tiket ke penampilan sulung kejohanan Masters selepas menjulang kejuaraan Amatur Asia-Pasifik pada Oktober, mendapatkan nasihat bagaimana menangani cabaran lapangan Augusta Nasional daripada rakan senegara Hideki Matsuyama.

“Saya bermain dua hari bersama Hideki di sini dan banyak yang diajarkannya kepada saya,” katanya ketika bertemu media, bersama-sama pemain amatur Mexico Alvaro Ortiz.

“Katanya, jangan pukul di sini atau pukul di sini dam ada cerun yang akan membawa bola ke sini. Jadi banyak yang diajarnya kepada saya mengenai lapangan ini,” kata Kanaya.

Pemain berusia 20 tahun dari Hiroshima itu adalah pemain kedua dari Jepun selepas Matsuyama menjulang gelaran Amatur Asia-Pasifik, selain pelbagai pencapaian cemerlang di peringkat amatur.

Dia adalah Juara Amatur Jepun pada usia 17 tahun pada 2015 dan pada 2017 muncul naib juara di Terbuka Jepun, ketinggalan satu pukulan berbanding pemenang, Yuta Ikeda.

Dia beraksi di kejohanan Jelajah PGA AS, Terbuka Sony pada Januari namun gagal melepasi cut dengan tiga pukulan.

Pada minggu ini dia akan cuba menjadi pemain luar negara ketujuh menjulang gelaran amatur di Masters, yang juga pernah dimenangi Matsuyama pada 2011.

“Sudah pasti ia major pertama saya. Ia impian sejak kecil untuk beraksi di Masters jadi saya teruja berada di sini,” kata Kanaya.

Disiarkan pada: April 9, 2019 @ 11:24am
d