arena

Pescao dapat 'feel' KTM, tak rela tercicir

Oleh Saiful Affendy Sapran

PRESTASI meyakinkan pada pusingan kedua di Argentina nyata memberi suntikan semangat kepada pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk menghadapi pusingan ketiga Grand Prix Amerika Syarikat (AS), hujung minggu ini.

Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu berharap kali ini dapat menamatkan perlumbaan dalam kelompok 15 pelumba terbaik sekali gus mengutip mata buat kali pertama musim ini.

"Perlumbaan di Argentina sangat positif.

Saya mampu bersaing dengan Johann Zarco (Red Bull KTM Factory Racing) dan hampir-hampir dapat mengutip mata.

"Untuk itu, saya berharap hasrat itu menjadi kenyataan minggu ini.

Saya sememangnya tidak sabar kembali beraksi kerana sudah rasa selesa dengan jentera.

"Saya mahu membuktikan boleh meraih keputusan positif bermula daripada sesi latihan pertama lagi," katanya.

Hafizh mengakui menggemari litar di Austin, Texas itu.

"Saya menyukai litar ini. Ia berbeza berbanding litar lain. Litar ini teknikal dan kami sedar ia bukan tugas mudah.

Tapi kami akan berusaha untuk bersaing dan cuba mendapatkan keserasian dengan jentera," katanya.

Pada perlumbaan terakhir di GP Argentina, Hafizh menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16.

Disiarkan pada: April 9, 2019 @ 5:21pm
d