arena

Sut RM22,400 Barca ke Old Trafford...

Oleh Agensi/Esme Jo

SKUAD Barcelona bergaya dengan sut berharga £4,200 (RM22,400) ketika bertandang ke Old Trafford untuk aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Manchester United.

Pemain handalan seperti Lionel Messi, Luis Suarez. Arturo Vidal dan Philippe Coutinho mengenakan sut ‘three piece’ berwarna kelabu rekaan Thom Browne sebelum menaiki pesawat ke Manchester.

Ousmane Dembele yang bergelut dengan kecederaan hamstring turut sama ke England biarpun tidak mendapat pelepasan beraksi atas nasihat perubatan.

Barcelona dijangka berlatih di Old Trafford, hari ini sebelum berdepan Red Devils pada awal pagi Khamis ini.

Skuad kendalian Ernesto Valverde akan beraksi pada perlawanan itu dalam keadaan prestasi terbaik dan masih belum tewas dalam sebarang perlawanan sejak 23 Januari lalu.

Mereka menewaskan musuh La Liga, Atletico Madrid 2-0, minggu lalu.

Zlatan Ibrahimovic yang pernah beraksi bersama Barcelona dan Manchester United, yakin pertembungan dua kelab itu sudah pasti menarik untuk ditonton.

Disiarkan pada: April 9, 2019 @ 8:37pm
d