arena

Kedi pun kedilah...

Oleh Reuters

SELEPAS gagal menempah tiket ke kejohanan sulung Wanita Amatur Augusta National, pasangan adik beradik dari Thailand Jutanugarn Ariya dan Moriya sebaliknya menjadi kedi dalam kejohanan par 3 di Masters awal pagi tadi.

Kedua-dua mereka berkongsi tugas membawa beg untuk rakan senegara Kiradech Aphibarnrat, malah turut membuat pukulan tee pada satu lubang di mana ketiga-tiga melakukan pukulan serentak.

Ariya dan Moriya menjadi pemain profesional pada 2012, tujuh tahun sebelum pemain wanita berpeluang beraksi di Auguste National biarpun bergelar profesional.

“Kami mahu bermain,” kata Ariya, pemain nombor tiga dunia mengenai lapangan itu ketika dia dan Moriya berdiri menyarung pakaian kedi berwarna putih ketika berada di luar rumah kelab.

Kunjungan ke lapangan itu tahun lalu membuatkan Ariya memuji keindahan Augusta.

“Tahun lalu ketika saya berjalan bersama Kiradech menempuhi 18 lubang (sebanyak dua kali). Saya fikir lapangan ini menakjubkan,” katanya.

Namun itu tidak menghalang kedua-duanya daripada berharap mendapatkan peluang bertanding di Augusta National.

“Kami tidak mendapat peluang bila tiba masanya,” kata Moriya sebelum menambah “mungkin satu hari nanti.”

Disiarkan pada: April 11, 2019 @ 10:21am
d