arena

Marah betul Verstappen...

Oleh Agensi

PEMANDU Formula Satu, Max Verstappen dikenali kerana gaya pemanduan yang agresif dan panas baran.

Kemarahannya itu dapat dilihat selepas kecewa gagal dalam saingan kelayakan merebut petak utama pada Grand Prix China di Shanghai, hari ini.

Max, pelumba Belgium-Belanda, beraksi bersama pasukan Red Bull bengang kerana tidak melakukan ‘flying lap’ pada penghujung sesi kelayakan Q3 selepas dipotong oleh beberapa pemandu yang kemudian memperlahankan kenderaan mereka.

Pelumba tidak boleh melengkapkan satu pusingan sekiranya tiba di garisan permulaan/penamat selepas sesi diperuntukkan tamat.

Max pula kebetulan terhalang kerana beberapa pemandu perlahan di hadapan menyebabkannya terlewat dua minit.

Keadaan itu menyebabkannya berada di petak kelima untuk perlumbaan esok, berada di belakang pemandu Mercedes dan Ferrari.

Dia dipintas oleh pemandu Ferrari Sebastian Vettel serta dua pelumba Renault, Daniel Ricciardo and Nico Hulkenberg.

Apa yang pasti, Verstappen jelas tidak gembira.

Verstappen menerusi radio pasukan: “Ah, tak guna. Saya sudah berakhir kan? Mereka memang teruk. Setiap orang hanya beratur dan mengganggu. Kita cuba berbaik tetapi semua membuatkannya tidak menjadi”.

Malah, dia masih marah ketika ditemu ramah oleh siaran televisyen Belanda, Ziggo Sport.

Dia berkata mahu membuat perkara sama terhadap pemandu terbabit pada sesi kelayakan mereka pada masa depan.

Disiarkan pada: April 13, 2019 @ 9:12pm
d