arena

Neuer tersisih dua minggu

Oleh AFP

BAYERN Munich berdepan tamparan hebat dalam misi menjulang trofi kejuaraan liga selepas kapten dan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer terpaksa berehat dua minggu akibat kecederaan betis.

Juara bertahan Bundesliga itu mengesahkan Neuer, 33, diketepikan untuk tempoh 14 hari selepas mengalami kecederaan ketika menang 4-1 ke atas Fortuna Duesseldorf pada Sabtu lalu.

Dengan baki lima perlawanan, pendahulu Bayern hanya satu mata memisahkan mengatasi Borussia Dortmund dengan gergasi Bavaria itu berpeluang cerah menjuarai liga buat kali ketujuh berturut-turut.

Neuer bakal terlepas sekurang-kurangnya dua perlawanan liga selepas ini dengan penjaga gol simpanan Sven Ulreich dijangka mengambil alih tugas.

Ketua jurulatih Niko Kovac mengesahkan Neuer mengalami kecederaan sama yang mengakibatkan dia terlepas dua perlawanan awal bulan ini.

Dia sudah pasti tersisih aksi menentang Werder Bremen di tempat sendiri pada Sabtu ini dan separuh akhir Piala Jerman minggu depan juga menentang Breman diikuti menentang Nuremberg dalam aksi liga.

Neuer kerap berdepan masalah kecederaan sejak beberapa tahun lalu. Dua keretakan metatarsal menyebabkan dia terpaksa berehat hampir sepanjang musim lalu selain kecederaan jari dan betis menyisihkan dia dalam beberapa perlawanan musim ini.

Disiarkan pada: April 16, 2019 @ 12:15am
d