arena

City Boys layak suku akhir

Oleh BERNAMA

PULAU Pinang gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila tewas 2-4 pada pusingan ketiga Piala FA di tangan Kuala Lumpur di Stadium Bandaraya, malam ini.

Skuad City Boys meledak tiga gol pada babak pertama menerusi Zaiful Abdul Hakim pada minit ketiga, Irfan Zakaria (minit ke-14) dan Guilherme De Paula pada minit ke-35.

Pada separuh masa kedua menyaksikan pasukan tuan rumah cuba melawan dengan dua gol dijaringkan Ndumba Makeche pada minit ke-48 dan Sivanesan Shanmugam pada minit ke-79.

Namun mereka gagal menyekat kemaraan Kuala Lumpur yang memastikan kemenangan apabila Guilherme menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64.

Disiarkan pada: April 17, 2019 @ 12:38am
d