arena

Ramsey sedia uji laman Napoli

Oleh AFP

AARON Ramsey akan merasai pengalaman awal berada di Itali ketika Arsenal berhasrat menamatkan cabaran Napoli dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Europa, menjelang perpindahannya ke skuad gergasi Serie A Juventus.

Pemain tengah Wales itu yang bakal tamat kontrak dengan Arsenal Jun ini, akan mengakhiri eranya bersama Gunners selepas bersetuju dengan kontrak ditawarkan Juve dilaporkan bernilai £400,000 (RM2.15 juta) seminggu selama empat musim.

Ramsey yang sebelum ini kurang diberi perhatian di bawah Unai Emery, menunjukkan peningkatan prestasi dengan tiga gol daripada enam penampilan terakhirnya, membantunya untuk kekal dalam skuad Arsenal.

Pemain berusia 28 tahun yang dijangka mengikut jejak rakan senegara seperti John Charles dan Ian Rush dengan meninggalkan England untuk menyertai Turin, cemerlang ketika menewaskan Napoli 2-0 dan meledak gol pertama.

“Kami mendapatkan peluang terhebat pada perlawanan pertama, adalah penting untuk terus bersama sekarang dan melepasi suku akhir,” kata Ramsey.

“Mereka membuktikan pasukan mereka berkualiti dan kedua di Serie A, jadi mereka pasukan yang sukar ditentang.”

Disiarkan pada: April 17, 2019 @ 9:25am
d