arena

Aguero suka kereta laju

Oleh Agensi

PEMAIN Manchester City, Sergio Aguero mempunyai koleksi kereta yang menggambarkan dirinya suka kepada kelajuan.

Pemain Argentina menerima gaji sebanyak £250k (RM1.4 juta) seminggu itu memiliki kereta sama seperti yang digunakan oleh bintang James Bond, Daniel ketika terbabit dalam adegan kejar-mengejar filem perisikan itu.

Antara paling model paling glamor dalam pasaran SUV miliknya adalah Lumma CLR SV Range Rover yang berharga £150k (RM810,000).

Koleksi kereta laju Aguero, 30, adalah Ferrari GTC4 Lusso (£250k/RM1.4j), Lamborghini Aventador (£250k/RM1.5j) dan Nissan GT-R (£90k/RM486,000) yang dibalut khas dengan warna kelab City.

Aventador adalah kereta terpantas dalam koleksi Aguero.

Ia mampu mampu memecut 0-100kmh dalam 2.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 351 kmh.

Disiarkan pada: April 17, 2019 @ 8:09pm
d